Pernah tak anda rasa konfiden gila nak pergi bank sebab dah kerja tetap, jawatan pun dah confirm, lepas tu gaji pun boleh tahan?
Dalam kepala dah bayangkan nak guna duit tu untuk buat renovate rumah atau nak tutup hutang-hutang kecil yang serabut.
Tapi sekali keputusan keluar… REJECT.
Rasa macam kena tampar, kan?
Mesti anda terfikir, “Eh, aku ni kerja kerajaan tau, bukan kerja kontrak.
Loan potong terus slip gaji pulak tu. Apa lagi bank nak?”
Sebenarnya, bank sekarang dah tak macam dulu. Dorang dah makin cerewet. Walaupun anda penjawat awam, ada ‘lubang-lubang’ dalam profil kewangan anda yang buat bank rasa risau nak bagi pinjam.
Jadi, kenapa loan tak lepas walaupun kerja kerajaan?
Jom kita borak pasal kenapa benda ni jadi dan macam mana nak betulkan balik.
1. Perangkap Potongan 60 Peratus (Peraturan Jabatan Akauntan Negara)
Ini benda pertama anda kena faham.
Sebagai penjawat awam, anda terikat dengan satu peraturan yang wajib ikut: Gaji bersih anda tak boleh kurang daripada 40% daripada gaji kasar.
Maksudnya, total semua potongan dalam slip gaji anda (termasuk KWSP, cukai, loan rumah, personal loan, koperasi) tak boleh lebih daripada 60%.
Kalau anda dah ada banyak sangat potongan sampai baki gaji tinggal RM800 sedangkan gaji kasar RM3000, bank memang akan terus pangkah.
Bank ni dia tengok ‘ruang bernafas’ anda. Kalau ruang tu dah penuh, bank tak nak ambil risiko anda tak ada duit nak makan hujung bulan nanti.
Jadi, kalau loan tak lepas, cuba check balik slip gaji.
Adakah potongan anda dah rapat sangat dengan paras 60% tu?
Kadang-kadang beza RM10 pun boleh buat loan kena reject tau.
2. Rekod CCRIS Yang ‘Berwarna-Warni’
Anda tau tak, bank boleh nampak setiap sen bayaran hutang anda kat luar sana?
Itulah fungsi CCRIS. Setiap bulan, bank akan hantar data kat Bank Negara pasal disiplin bayaran anda.
Kalau ada angka ‘1’ atau ‘2’ kat dalam laporan tu, maksudnya anda ada sangkut bayar sebulan atau dua bulan.
Walaupun anda kerja kerajaan, kalau bank nampak bayaran kereta atau kad kredit anda asyik ‘terbabas’, bank akan label anda sebagai peminjam yang berisiko.
Bank akan fikir macam ni: “Hutang sedia ada pun dia tak boleh bayar on-time, ni kalau aku bagi loan baru, makin tak bayar la dia nanti.”
Senang cerita, disiplin bayaran tu sangat penting.
Tak guna gaji besar kalau rekod bayar asyik sangkut.
3. ‘Hantu’ Bernama CTOS (Bukan Just Blacklist Je)
Ramai ingat CTOS ni kalau kena blacklist baru dia kacau. Tapi sebenarnya, CTOS ni rekod segala macam hutang dengan syarikat bukan bank.
Contohnya? Hutang bil Maxis atau Celcom yang anda lupa nak bayar masa zaman belajar dulu, hutang kedai perabot, atau hutang Courts Mammoth.
Kadang-kadang jumlah dia tak banyak pun, RM200-RM300 je. Tapi sebab dah bertahun terbiar, nama anda sangkut dalam sistem.
Benda-benda kecil macam ni lah yang selalu jadi ‘pembunuh senyap’ permohonan loan anda.
Bank tengok benda ni dari sudut integriti. Kalau bil telefon pun tak boleh setel, macam mana bank nak percaya anda boleh setelkan loan berpuluh ribu?
4. Komitmen Luar Slip Gaji (DSR Dah ‘Burst’)
Ini yang ramai penjawat awam terlepas pandang.
Anda ingat bank tengok slip gaji semata-mata?
Tak, mereka tengok juga hutang yang tak ada dalam slip gaji tapi ada dalam rekod CCRIS.
Contohnya:
- Loan Kereta: Selalunya bayar sendiri kat bank, tak potong slip gaji.
- Loan Rumah: Kadang-kadang guna bank biasa, bukan LPPSA.
- Kad Kredit: Walaupun anda cuma bayar minimum payment.
- PTPTN: Ya, PTPTN pun bank kira tau kalau dah masuk CCRIS!
Bank akan kira DSR (Debt Service Ratio) anda.
Formula dia mudah: Total hutang bahagi gaji bersih.
Kalau bank tengok gaji anda dah habis separuh bayar kereta dan rumah kat luar, dorang rasa anda tak mampu nak tambah hutang baru lagi.
DSR ni ibarat “meter” tahap kemampuan anda. Kalau dah merah, memang susah nak lepas.
5. Nama Sangkut Dalam SAA atau AKPK
Pernah dengar pasal SAA (Special Attention Account)?
Ini lagi ‘parah’ daripada CCRIS biasa.
SAA ni maksudnya bank dah give up nak kutip hutang dengan anda dan dah serah kes anda kat agensi kutipan hutang.
Kalau ada label SAA ni, memang 99% bank akan reject terus permohonan anda.
Sama juga kalau anda tengah bawah program AKPK.
Walaupun AKPK tu bagus sebab dia tolong susun balik hutang anda bagi jadi murah, tapi selagi anda dalam program tu, bank memang takkan bagi loan baru.
Anda kena setelkan dulu semua hutang bawah AKPK tu baru nama anda boleh “bersih” balik dalam sistem bank.
6. Isu Teknikal Majikan & Status Kerja
Kadang-kadang, masalah ni bukan datang dari anda, tapi dari jabatan sendiri atau teknikal. Antara sebab yang selalu jadi:
- Status belum sah jawatan: Ada bank yang syarat dia mesti dah kerja 1 tahun ke atas atau dah ada surat pengesahan jawatan (confirm).
- Jabatan tak popular: Ada sesetengah bank blacklist untuk jabatan atau agensi tertentu yang mereka rasa berisiko, walaupun ni jarang jadi tapi tetap ada.
- Kod majikan tak update: HR lambat update status anda dalam sistem portal majikan, jadi masa bank nak tarik data, dorang nampak data lama.
Benda-benda macam ni memang buat kita rasa geram sebab bukan salah kita, tapi bank tetap tak nak ambil risiko.
7. Jadi Penjamin (Guarantor) Untuk Orang Lain
Anda ada jadi penjamin untuk kawan atau adik-beradik buat loan kereta atau loan bank?
Kalau orang yang anda jamin tu tak bayar atau asyik sangkut, nama anda pun akan terpalit sekali dalam CCRIS.
Hutang orang lain, tapi ‘dosa’ tu anda yang kena tanggung.
Bank akan anggap hutang tu sebagai sebahagian daripada komitmen anda juga.
Sebab tu lah, kalau orang minta jadi penjamin ni kena fikir sepuluh kali.
Takut nanti bila anda sendiri nak guna duit untuk kecemasan, loan anda pulak yang sangkut sebab kawan tak bayar motor.
Dah Kena Reject, Apa Patut anda Buat?
Jangan sedih lama-lama.
Kalau bank reject, itu tandanya anda kena buat ‘pembedahan’ kewangan.
Tak payah nak rayu-rayu kat bank tu kalau anda tak betulkan dulu punca dia.
Cara 1: Cuba Buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Ini cara paling popular untuk naikkan semula gaji bersih. Anda gabungkan semua hutang kad kredit, hutang koperasi yang interest tinggi, dan hutang kedai perabot jadi satu loan baru.
Cara ni akan buat baki gaji bersih anda naik balik sebab anda cuma bayar satu ansuran je yang lebih rendah daripada jumlah semua hutang lama tadi.
Cara 2: Pilih Pinjaman Koperasi (Solusi Paling Laju)
Kalau bank komersial macam Maybank atau CIMB dah reject sebab masalah CCRIS/CTOS, jangan putus asa. Koperasi ni dorang lebih ‘sempoi’ dan fleksibel.
Mereka selalunya tak kisah sangat pasal rekod luar, janji potongan dalam slip gaji anda belum lebih 60%.
Ini adalah lubang keselamatan untuk anda yang nak bersihkan nama balik atau nak pakai duit segera.
Cara 3: Setelkan Rekod-Rekod Kecil
Kalau punca dia sebab bil telefon, hutang TV, perabot atau dengan kedai motor, pergi bayar sekarang juga.
Lepas tu minta surat pelepasan (release letter).
Jangan tunggu bulan depan.
Benda kecil macam ni kalau setel, boleh buka balik pintu loan anda seluas-luasnya.
Kesimpulan
Kerja kerajaan memang satu kelebihan besar, tapi ia bukan ‘tiket percuma’ untuk kita berhutang tanpa kawalan.
Bank tetap nak tengok kita ni peminjam yang bertanggungjawab ke tak.
Kalau loan anda tak lepas, jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan keluar dia kalau kita guna strategi yang betul.
Apa yang penting, jangan sesekali pergi pinjam dengan Ah Long kalau terdesak.
Itu bukan setelkan masalah, tapi tambah musibah. Guna saluran yang sah dan fahami profil kewangan anda dulu.
Semoga perkongsian ni sikit sebanyak dapat bagi gambaran kat anda kenapa permohonan sebelum ni sangkut.
Tapi kalau rasa macam nak info yang lebih spesifik ikut kes anda sendiri, team Urus Komitmen ada kat sini kalau anda perlukan bantuan.
Kami semak dulu kelayakan anda sebelum tawarkan bank atau koperasi yang terbaik mengikut situasi kewangan anda.

